Author: S.O.D.A
•10:56 PM

Selamat Datang Kehidupan Baru


“Boringnye..” bisik hati ku pabila menjejakkan kaki ke dewan sekolah yang baru.

Hati ku resah tidak menentu. Serupa kah mereka seperti kawan kawanku yang lain.

Dapatkah mereka menerima aku sebagai teman baru mereka? Aku berfikir sendirian.

Tiba tiba..


“Hi..Saya Asleen. Budak baru ker? Dari mana?” Aku tersentak dari lamunan.

“Hi, I am Maisarah. Yah, saya budak baru disini. Dulu sekolah dekat Brunei Muara” aku cuba untuk bersalaman.

Sayang sekali, salam ku terbiar tanpa balasan.

“Owh..budak baru…” celah salah seorang dari teman Asleen dan aku pun tak pasti siapa dia.

Mereka berlalu pergi dan meninggalkan aku sendirian.

Aku cuba untuk mencari tempat untuk mendengar taklimat mengenai peraturan – peraturan di sekolah baru ku ini.

Sedang aku mencari tempat, aku di datangi oleh seorang gadis lagi.

“Maisarah kan? Erm..saya Marni, panggil saja saya Arni. Tadi cikgu Azurah ada memberitahu saya yang awak ni adik dia ya?” Pertanyaan yang penuh yakin.

Aku suka dengan pertuturannya dan aku kemudian mengganggukkan kepala sahaja.

“Jom kita duduk dekat depan sana nak?” Arni cube untuk mempelawa.

Aku tersenyum dan menurut katanya..

Pelbagai rujukan dan motivasi diri di beri oleh beberapa cikgu disana. Aku leka dengan rencana yang di berikan.

“Hm..not bad jugak ye tempat ne” Hatiku berbicara sendiri.

Kami seterusnya di bawa masuk ke kelas yang paling hujung sekali.

Aku heran.

Aku d beri perhatian penuh oleh sebilangan lelaki.

Aku di berikan pelbagai soalan. Memang aku seorang yang pemalu.

Al maklumlah, di sekolah lama, aku cuma bergaul dengan kawan – kawan perempuan sahaja, itu pun boleh di kira dengan jari dan lelaki cuma sekadar teman biasa.


Author: S.O.D.A
•12:36 AM
Selamat Tinggal Kehidupan Lama

“Kring!! Kring!!”


“Mai!! Telefon!!” teriak ibuku. Aku berlari turun mendapatkan telefon dengan perasaan yang begitu cemas sekali.


“Hello? Yes!! So you heard?” Aku cuba mendapatkan kepastian. Keputusan O’Level masih belum aku terima.


“Erm, u got two.Malay and Accounting”. Setelah mendengar ucapan dari teman sahabat ku, Maria, aku tertunduk bisu.


“What are you going to do next?” Aku tersedar dari lamunan setelah mendengar soalan dari Maria.


“Entah. I don’t know” “Engkau macammana?” Aku cuba menahan kesedihan.


“Aku rasa, I’m going to repeat but up to june” Maria cuba menjelaskan perjalanan hidupnya. “and u?” Maria bertanya kembali.


“I don’t care what people say, but I must carry on!! I want to repeat and I want to further study” Ujarku dengan perasaan yang penuh dengan kesedihan.


“Maria, I think I want to hang up now. Hope to see you tomorrow at school”


“Klik!!”



“Maisarah!! Dua O’level sahaja?!” teriak abang ku.


Aku terdiam tidak tahu apa akan terjadi seterusnya. Akan tetapi apa yang pasti, aku masih tetap dengan pendirian ku. Akan melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading.


“Esok pagi uruskan semua dokumen – dokumen penting dan tinggal bersama – sama kami.” Abangku meneruskan hajatnya dan aku di suruh pindah ke sekolah Bandar.


Sejurus selepas dari perbincangan semalam, aku capai ganggang telefon dan cuba menekan nombor telefon sahabat ku Maria.


“Kring Kring” Aku masih menunggu jawapan.


“Hello?” aku tersedar.


“Maria?” kataku lemah.


“Mai!! Where have you been? Erm, macammana? Kita belajar bersama lagi yah?!” katanya penuh semangat.


“Maria, I am going to transfer to another school. I don’t think we can study bersama lagi.” Kata – kata ku semakin lemah.


Maria terdiam seketika.


“Tapi tidak mengapa. We still can talk on the phone right?” Aku cuba mengharapkan sesuatu darinya.


“Habis tu? Dimana boleh aku mendapatkan semangat belajar? I don’t think I can do this alone!!” Maria seakan menahan sebak.


Aku terdiam. Aku cuba mencari perkataan yang membolehkan Maria belajar tanpa aku disisinya.


“Maria, this is too hard for me. I have to follow what they asked me to do. I promise I will call you always. Walaupun aku tidak ada di sana, tetapi kita cuba belajar bersama” aku cuba untuk menyakinkan dirinya.


Maria merupakan anak sulong dan baginya, aku adalah seperti kakaknya yang boleh memberikan dia jalan untuk menyelesaikan segala masalah yang di hadapinya lebih lebih lagi mengenai dengan kisah cintanya.


“I am going to miss you Maisarah” aku sebak mendengarkan kata katanya.


“Klik” telefon ditutup.

Author: S.O.D.A
•11:52 PM
CINTA

Adakah masih ada cinta sejati di dunia ini? Siapakah yang patut di persalahkan? Besarnya pengorbanan demi meraih cinta seorang lelaki.

Benarkah cinta itu buta? Apakah erti cinta sebenar? Cinta pada siapa? Ikuti kisah cinta tiga orang sahabat yang kecundang di dalam alam percintaan.

CINTA 1


Maisarah adalah seorang gadis lincah. Gadis manja yang cukup sifatnya. Periang, hormat pada orang di sekeliling, mungkin kerana dia seorang anak yang bongsu didalam keluarga. Maisarah merupakan anak yang begitu cemerlang baik dari segi akademik mahupun dari segi kokurikulum. Mempunyai bakat yang tersendiri, cantik dan mempunyai karisma yang tinggi.

Sayangnya, disebabkan seorang lelaki, Maisarah kecundang di dalam peperiksaan yang begitu penting baginya. Kisah cintanya bermula pada tahun 2002…
Author: S.O.D.A
•11:38 PM
Tempat untuk aku meluahkan segalanya

Salah satu cara untuk aku berkongsi segalanya

Draft...

Bermulanya Disini...

Sebuah misteri...