Author: S.O.D.A
•10:56 PM

Selamat Datang Kehidupan Baru


“Boringnye..” bisik hati ku pabila menjejakkan kaki ke dewan sekolah yang baru.

Hati ku resah tidak menentu. Serupa kah mereka seperti kawan kawanku yang lain.

Dapatkah mereka menerima aku sebagai teman baru mereka? Aku berfikir sendirian.

Tiba tiba..


“Hi..Saya Asleen. Budak baru ker? Dari mana?” Aku tersentak dari lamunan.

“Hi, I am Maisarah. Yah, saya budak baru disini. Dulu sekolah dekat Brunei Muara” aku cuba untuk bersalaman.

Sayang sekali, salam ku terbiar tanpa balasan.

“Owh..budak baru…” celah salah seorang dari teman Asleen dan aku pun tak pasti siapa dia.

Mereka berlalu pergi dan meninggalkan aku sendirian.

Aku cuba untuk mencari tempat untuk mendengar taklimat mengenai peraturan – peraturan di sekolah baru ku ini.

Sedang aku mencari tempat, aku di datangi oleh seorang gadis lagi.

“Maisarah kan? Erm..saya Marni, panggil saja saya Arni. Tadi cikgu Azurah ada memberitahu saya yang awak ni adik dia ya?” Pertanyaan yang penuh yakin.

Aku suka dengan pertuturannya dan aku kemudian mengganggukkan kepala sahaja.

“Jom kita duduk dekat depan sana nak?” Arni cube untuk mempelawa.

Aku tersenyum dan menurut katanya..

Pelbagai rujukan dan motivasi diri di beri oleh beberapa cikgu disana. Aku leka dengan rencana yang di berikan.

“Hm..not bad jugak ye tempat ne” Hatiku berbicara sendiri.

Kami seterusnya di bawa masuk ke kelas yang paling hujung sekali.

Aku heran.

Aku d beri perhatian penuh oleh sebilangan lelaki.

Aku di berikan pelbagai soalan. Memang aku seorang yang pemalu.

Al maklumlah, di sekolah lama, aku cuma bergaul dengan kawan – kawan perempuan sahaja, itu pun boleh di kira dengan jari dan lelaki cuma sekadar teman biasa.


|
This entry was posted on 10:56 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: